
Presiden Argentina, Javier Milei mengesahkan bahawa cuti umum akan diberikan sebagai penghargaan kepada skuad kebangsaan atas kempen cemerlang mereka di Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerika Utara itu.
Walaupun tewas kepada Sepanyol dalam aksi final menerusi masa tambahan, Milei mengumumkan bahawa para pemain serta barisan kejurulatihan diberi kebebasan untuk memilih tarikh yang sesuai bagi sambutan tersebut.
Pengumuman Khas Presiden Argentina
Menerusi ciapan di laman X peribadi miliknya, Milei mengambil langkah yang tidak dijangka apabila membenarkan skuad kebangsaan memilih sendiri tarikh cuti umum bagi menghargai kempen mereka di Piala Dunia 2026.
Keputusan diambil pemimpin tertinggi negara itu dianggap luar biasa memandangkan skuad La Albiceleste gagal mempertahankan kejuaraan dunia yang dimenangi sebelum ini selepas mempamerkan aksi tumpul di final, termasuk gagal melakukan walau satu percubaan tepat ke arah gawang sepanjang perlawanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
