Pelakon dan aktivis kemanusiaan Ardell Aryana berkongsi tentang cara solat sepanjang menyertai pelayaran ‘Global Sumud Flotilla’ ke Gaza.
Artikel Berkaitan: Ardell Aryana Kembali Sihat, Semangat Nak Teruskan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Kecewa Ada Pihak Pertikai Artis Sertai Misi – ‘Mufti Bagi Jawapan Tak Nak Dengar’
Cara solat
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, menegaskan bahawa walau dalam apa keadaan sekalipun mereka perlu menunaikan rukun Islam kedua itu.
Ardell kemudian menerangkan cara-cara untuk mengambil wuduk dan solat ketika di atas bot.
Bot ini kecil, kalau saya nak ambil wuduk guna air laut berkemungkinan boleh terjatuh.
Dalam keadaan ombak yang tinggi sekalipun, kita tetap kena solat.
Saya akan ambil debu dari kapal, maksudnya saya tayamum dan solat duduk.
Kalau tak tahu arah kiblat pun tak mengapa, duduk sahaja di mana-mana bahagian dan solat seperti biasa.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: