Wan Arif Junaidi-Yap Roy King menamatkan kempen Terbuka Macau 2025 dengan penuh bergaya selepas berjaya muncul selaku juara kejohanan Super 300 itu.
Kejayaan manis itu hadir selepas mereka mengejutkan pilihan pertama dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Muh Reza Pahlevi Isfahani dengan kemenangan ‘straight set’.
Baca Juga:
Berdepan lawan yang turut berada di ranking lebih baik (kelapan dunia) jelas memberikan kesukaran buat Arif dan Roy King.

Lebih memburukkan keadaan, momentum perlawanan sering terganggu apabila gelanggang terpaksa dilap berkemungkinan disebabkan kebocoran pada bumbung stadium.
Anak buah Herry Iman Pierngadi itu bagaimanapun menyerap tekanan dengan baik terutamanya ketika bangkit daripada ketinggalan 18-20 untuk menang set pertama dengan mata 22-20.
Skrip sama berulang pada set kedua apabila mereka mempamerkan kebangkitan selepas ketinggalan dengan jurang tiga mata…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: