Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Hasrat peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan kelibat pemain yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal bersama skuad bawah 23 tahun negara tidak menjadi kenyataan apabila namanya tidak disenaraikan untuk menghadapi Kejohanan Piala AFF B-23 di Kemboja minggu depan.
Ketua jurulatih Malaysia B-23, Brad Maloney mengesahkan perkembangan itu dan menjelaskan Wan Kuzri tidak dapat sertai skuad negara kerana mempunyai masalah peribadi.
“Ya, saya berhubung dengannya pagi tadi dan beliau masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalahnya. Jadi, nampaknya kita tidak dapat membawa beliau bersama kali ini.
“Ini adalah sesuatu yang kami perlu tangani. Alangkah baiknya jika Wan Kuzri bersama kami. Dia sememangnya seorang pemain yang bagus tetapi kami perlu melangkah ke hadapan dan memberikan peluang ini kepada pemain lain dalam kejohanan ini,” kata Brad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: