Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu didakwa di Mahkamah Sesyen pada hari ini atas 18 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram hampir RM6 juta.
Artikel Berkaitan:
Wan Saiful walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
“Tidak bersalah, mohon dibicarakan,” katanya.
Wan Saiful atau nama sebenarnya Wan Saifulruddin Wan Jan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].
Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.
Pada 21 Februari lalu, Wan Saiful dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: