Menerusi laporan Oddity Central, wanita yang sebagai Yang, 38 tahun itu sebelum ini bekerja sebagai penulis skrip dalam industri televisyen dan filem selama 11 tahun.
Namun, oleh kerana jadual kerja dan gaya hidup terlalu sibuk menyebabkan kesihatannya merosot dan dia dimasukkan ke hospital kerana jatuh sakit.
Doktor kemudian menasihatkannya supaya berehat dan hidup bertenang. Situasi berkenaan telah membuatkan Yang memilih untuk tinggal di rumah jagaan warga tua Yisenlin di Bandar Jilin.
“Terdapat dua sebab mengapa saya memilih rumah jagaan warga emas berbanding hotel. Pertama, saya ingin tahu mengenai premis berkenaan dan mahu melihat sendiri keadaannya.
“Sebab kedua adalah kerana saya sakit dan berharap mempunyai tempat untuk mendapatkan rehat secukupnya, akses penjagaan kesihatan dan makan makanan sihat,” kata Yang yang tinggal sebatang kara.
Dia telah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran di rumah sementaranya itu dan menikmati hari-harinya dengan membaca,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
