Site icon Kool FM

Wanita 80 Tahun Hilang RM10.4 Juta Terpedaya Pelaburan Kriptowang

Wanita 80 Tahun Hilang RM10.4 Juta Terpedaya Pelaburan Kripto


Seorang wanita warga emas hilang RM10.4 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan kriptowang yang tidak wujud.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan polis diterima pihaknya daripada mangsa berusia 80 tahun pada Jumaat, petik Buletin TV3.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mangsa telah membuat 13 transaksi bayaran ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat yang berbeza.

Mangsa memaklumkan mula menyertai skim pelaburan tersebut setelah dimasukkan ke dalam WhatsApp Group yang mempromosikan skim pelaburan berasaskan matawang kriptowang dikenali sebagai ‘ Accerx.com’.

Tambahnya, melalui WhatsApp Group itu, mangsa berurusan dengan seorang lelaki yang kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kriptowang.

Mangsa kemudian diminta untuk membuat bayaran balik setelah pembelian kriptowang tersebut berjaya.

Akibat terpedaya dengan helah suspek, mangsa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version