Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita Aceh Ini ‘Sekolahkan’ Rakan Senegara Kerana Kutuk Malaysia

today23 February 2024

Background


Seorang wanita dipercayai berasal dari Aceh, Indonesia meluahkan kemarahannya terhadap sikap segelintir rakyat dari negaranya yang disifatkan biadab dan kurang menghormati penduduk di Malaysia.

Jelasnya lagi, terdapat segelintir individu khususnya warga negara Indonesia yang bekerja di negara ini, gemar membangga diri dek kerana sektor pembuatan dan pembersihan di sini lebih dikuasai golongan pendatang.

Artikel Berkaitan:

Situasi itu menurutnya semakin berleluasa sehingga mengakibatkan pihak berkaitan semakin sombong dan menghina masyarakat Malaysia kerana terlampau bergantung kepada tenaga asing.

Tegas menentang pemikiran negatif sebegitu, wanita berkenaan terlebih dahulu memuji dan menyanjung kerajaan Malaysia yang dianggap lebih stabil dari segi ekonomi dan sentiasa menjaga kepentingan rakyatnya.

“Di Malaysia, kerajaannya galakkan penduduknya belajar dan sekolah tinggi-tinggi agar otaknya cerdas tak seperti pemerintahan Indonesia yang bangga mengirim rakyatnya ke…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post