Site icon Kool FM

Wanita Bengang Jiran Sesuka Hati Buka Pagar & Parking Dalam Kawasan Rumahnya


Menerusi video di akaun TikTok @nanasmanis94, seorang wanita telah memuat naik gambar memaparkan kereta milik jirannya jenis Proton Waja yang telah diparkir di kawasan rumahnya.

Difahamkan, wanita itu sudah tinggal di tempat lain. Pada hari kejadian dia telah datang untuk memeriksa rumah lamanya kerana tidak diduduki, namun dia terkejut selepas melihat ada kereta yang diparkir di dalam kawasan rumahnya itu.

“Rumah ni memang tak diduduk, bukan bermakna kau boleh suka-suka masuk tanpa pengetahuan aku ,” tulisnya.

Dia juga menasihatkan agar sentiasa belajar beradab dan belajar untuk meminta izin jika ingin menggunakan hak orang lain supaya tidak berlaku sebarang kemarahan antara satu sama lain.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version