Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Seorang isteri pegawai polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas pertuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.
Artikel Berkaitan:
Tertuduh, Datuk Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 41, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pinggiran Rapat Ria, Ipoh pada Januari 2021.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kecurian dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat simpanan harta benda iaitu seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) nombor siri 0890R359 dan seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN) nombor siri A9R56702.
Memetik satu laporan, harga bagi Rolex Sky Dweller dianggarkan bernilai RM207,000 manakala Rolex GMT Master-II 9 pula RM198,000.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Bagaimanapun, Ei Leen mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
