Baling: Wanita cedera di perut dipercayai ditikam suaminya selepas berlaku pertengkaran di rumah mereka di Kampung Iboi, Kupang dekat sini, pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, wanita berusia 36 tahun bekerja sebagai operator kilang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani disebabkan kecederaan yang dialaminya itu.
Menurutnya, dikatakan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum wanita itu ditikam dengan sebilah pisau sebanyak…