Site icon Kool FM

Wanita China Belanja RM114 Untuk Durian Duri Hitam Di KL, Rakyat Malaysia Rasa Dia Kena Scam


Seorang pemengaruh media sosial dari China, yang menggunakan nama @dongbeixuan di Instagram, baru-baru ini mengunjungi Kuala Lumpur untuk menikmati buah durian duri hitam.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah apabila dia membayar RM144 untuk durian jenis duri hitam.

Dalam video IG Reel yang dikongsikannya, wanita itu menceritakan bagaimana seorang penjual durian menjanjikan bahawa dia boleh menukar durian tersebut dengan yang baru jika buah yang dibelinya tidak segar.

Penjual tersebut kemudian memperkenalkannya kepada durian Musang King beku yang datang dari Pahang.

Namun dia menolak dan meminta durian segar. “Durian segar masih belum boleh dimakan,” kata penjual itu kepadanya.

Akhirnya, dia memilih durian duri hitam beku yang disertakan dengan dua buah manggis percuma.

Walaupun durian beku adalah sesuatu yang biasa di China, dia mengakui agak terkejut apabila di Malaysia juga ada benda  yang sama.

Video tersebut mencetuskan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version