Site icon Kool FM

Wanita Dakwa Dapat 70 Mesej Lucah Daripada Ebit Lew Semasa Ramadan

Wanita Dakwa Dapat 70 Mesej Lucah Daripada Ebit Lew Semasa Ramadan


Seorang saksi mendakwa telah menerima 70 mesej berunsur lucah dihantar pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menerusi aplikasi WhatsApp kepadanya antara jam 10.57 malam hingga 12 tengah malam pada 19 April 2021, petik Berita Harian.

Wanita berusia 40-an itu selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes memberitahu Mahkamah Majistret di sini.

Baca Juga:

Dia berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah itu.

Memetik laporan itu lagi, wanita itu berkata walaupun ketika itu Ramadan, Ebit tetap menghantar mesej seperti itu kepadanya. Dia merasakan ayat-ayat lucah dan pujian dalam mesej itu mengaibkan kehormatannya.

“Apabila dia (Ebit) mesej macam itu, seolah-olah dia anggap perempuan ini hanya tujuan seks semata-mata,” katanya dalam pemeriksaan utama itu.

Tambahnya lagi, Ebit juga didakwa membuat panggilan telefon kepadanya dengan menggunakan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version