Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita Ditahan Selepas Ditemui Bawa Pisau

today3 May 2026

Background


Malam penutup Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang semalam melakar sejarah tersendiri apabila dianggarkan seramai 30,000 pengunjung membanjiri tapak acara.

Walaupun dibanjiri lautan manusia sejak ia bermula pada 30 April lalu, festival tersebut secara keseluruhannya melabuhkan tirai dengan lancar dan selamat.

Walau bagaimanapun, kecekapan pihak berkuasa berjaya mematahkan satu insiden yang berpotensi mendatangkan bahaya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mendedahkan bahawa pihak polis telah menahan seorang pengunjung wanita yang didapati memiliki senjata berbahaya.

“Satu tangkapan telah dibuat melibatkan seorang wanita tempatan berusia 28 tahun selepas dia didapati membawa sebilah pisau. Wanita itu kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kita akan mendapatkan perintah reman terhadapnya.

“Setakat ini, motif dia membawa senjata berkenaan masih dalam siasatan,” kata beliau ketika ditemui di lokasi malam tadi lapor

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Kapal dirampas di luar pantai Yaman, dibawa ke arah Somalia

Yaman: Sebuah kapal tangki minyak dirampas di luar pantai Yaman dalam serangan bersenjata penyerang tidak dikenali, dengan pihak berkuasa sedang berusaha mengesan dan mendapatkan semula kapal itu, menurut Pengawal Pantai Yaman, lapor Anadolu Ajansi (AA). © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today3 May 2026