Seorang wanita di Brazil telah ditahan selepas dituduh membawa masuk mayat seorang lelaki ke dalam sebuah bank di Bangu, Rio De Janeiro, dengan tujuan yang mencurigakan.
Kejadian yang memeranjatkan ini melibatkan suspek, Erika de Souza Vieira, yang didakwa mengheret mayat bapa saudaranya ke kaunter bank, seperti yang dilaporkan oleh sumber tempatan.

Menurut laporan, Erika Vieira juga disyaki meminta seorang warga emas untuk menandatangani dokumen perjanjian pinjaman bernilai lebih daripada RM16,000.
Tindakan pelik Erika ini mencetuskan kecurigaan seorang kakitangan bank yang bertindak pantas merakam kejadian tersebut.
Dalam rakaman yang direkodkan, terlihat Erika Vieira seolah-olah berinteraksi dengan mayat yang dikenal pasti sebagai Paulo Roberto Braga.
Dalam usaha untuk mendapatkan tanda tangan mangsa, Erika memegang pen dan cuba menggerakkan tangan lelaki itu sambil menggesanya untuk menandatangani dokumen pinjaman.
Kejadian yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
