Kanak-kanak seronok memakai baju tema Hari Kebangsaan di sekolah dan mengibarkan Jalur Gemilang untuk menunjukkan semangat patriotik kepada negara tercinta.
Tidak terkecuali dengan sebuah video tular ini apabila seorang wanita berkongsi momennya menghias kelas anaknya sempena Hari Kebangsaan telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @intankaharuddin, kelihatan wanita itu menunaikan permintaan anaknya yang meminta dia menghias kelas untuk pertandingan Hari Kebangsaan di sekolah.
Apa yang mengagumkan adalah, dia dilihat menghias kelas itu seorang diri dan hasilnya sangat cantik.
Video tersebut ternyata berjaya mencuri perhatian netizen dan ramai yang memuji kreativiti wanita itu yang semangat menyokong anaknya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
