Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

#PenaKool

Wanita Ini Dedah Pernah Dibuli Sehingga Jejaskan Kesihatan Mental

today19 July 2024

Background

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian pempengaruh media sosial, Rajeswary Appahu atau lebih dikenali di Tiktok sebagai Esha, berusia 30 tahun, sehari selepas membuat laporan polis didakwa menjadi mangsa buli siber.

Bila agaknya kita dapat hentikan buli siber ini? Adakah tanggungjawab itu hanya terletak pada pihak berkuasa? Atau kita sebagai pengguna media sosial?

Menerusi satu temubual Pagi On Point bersama PakNil, Haiza & Muaz, seorang pendengar Kool 101, Juwita turut berkongsi pernah menjadi mangsa buli siber, malah sehingga kini kesnya masih dikendalikan oleh pihak mahkamah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

 

“Dia membuli saya, sehingga membuat saya depressed, anxiety, nak bunuh diri pun ada”

Juwita berkongsikan pengalamannya, dibuli hanya kerana tersilap membeli seluar daripada seorang peniaga yang kemudian membawa kepada dirinya dihentam di media sosial.

Walaupun Juwita mahu membawa perkara tersebut ke muka pengadilan, peniaga berkenaan berdegil dan masih lagi melakukan perbuatan tersebut

Even saya kena buli, saya tak pernah post pasal diri dia dekat orang. Orang lain tak tahu pun kes saya.”

Sementara itu, Haiza turut memberi kata-kata semangat buat Juwita, supaya jangan mengikut perasaan yang boleh membuatkannya melakukan sesuatu yang tidak patut.

“Sampai saya nak keluar rumah pun saya tengok tanggapan manusia, saya jadi macam takut, paranoid. Buli siber ini bukan benda yang kecil, buli siber ni boleh menghancurkan hidup manusia.”

Ini antara komen yang ditulis di media sosial.

Sudah tiba masanya kita lebih cakna tentang perkara ini.

Tidak perlu tunggu sehingga ada keluarga kita yang dibuli baru nak peduli.

Berapa ramai lagi individu yang akan kehilangan nyawa sendiri untuk kita hentikan budaya buli siber ini?

Pihak berkuasa sedang melihat isu ini dengan lebih serius. Apa pula inisiatif kita untuk hapuskan buli siber?

Dengarkan kembali perbualan penuh Pagi On Point di Catch Up Kool 101.

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post

Luar Negara

Kematian tragik pemuda OKU Palestin

Baitulmaqdis: Pemuda Sindrom Down dan autisme Palestin meninggal dunia dalam keadaan tragik, didakwa diserang anjing tentera Israel ketika rejim itu menyerbu rumahnya di kejiranan Shehaiya. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 July 2024