Site icon Kool FM

Wanita Ini Kongsi Mangsa Banjir Enggan ‘Diselamatkan’ & Berpindah Buat Sukarelawan Kecewa


Menurut laporan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan itu antara cabaran utama dihadapi pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam melaksanakan operasi menyelamatkan mangsa banjir sejak hari pertama bencana alam berkenaan melanda.

“Saya mengakui memang ada (mangsa banjir enggan berpindah). Oleh itu, saya mengarahkan Ketua Pengarah JBPM supaya menempatkan lebih ramai anggota bagi membolehkan pelaksanaan operasi menyelamat yang lebih menyeluruh dan kawasan ini diberikan tumpuan utama.

“Saya tengok keadaan luar daripada kebiasaan… apabila bomba pergi untuk selamatkan, mereka duduk di atas bumbung, tidak mahu berpindah tetapi hendak bantuan makanan.

“Memang ada yang tidak mahu ke PPS, sebaliknya hendak tinggal di rumah mereka,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version