Site icon Kool FM

Wanita Kena ‘Panic Attack’, Pemandu Mabuk Disyaki Langgar Kereta Selamba Suruh Baiki Sendiri


Tersebar sebuah video yang memperlihatkan kejadian di mana berlakunya kemalangan membabitkan dua buah kereta namun si pelaku disyaki cuba memutar belitkan cerita dan lari daripada tanggungjawab.

Di dalam video itu, kelihatan pemilik kereta Viva seperti terkejut dengan insiden itu dan meminta suspek untuk membayar ganti rugi selepas bahagian depan ada kesan remuk .

Bagaimanapun, suspek dengan kereta Alza miliknya dipercayai datang dari arah bertentangan telah merempuh kereta wanita terbabit yang pada ketika itu berhenti.

Wanita itu menangis teresak-esak meminta lelaki itu bertanggungjawab ke atas kerosakan yang berlaku ekoran dilanggar dengan sengaja.

Bagaimanapun, lelaki terbabit pula mengolah cerita yang berbeza apabila menuduh wanita itu pula yang melanggarnya sewaktu disoal orang ramai di tempat kejadiaan. Wanita berkongsi yang lelaki itu sebenarnya memandu dengan laju di laluan kecil itu  dan melanggar keretanya walaupun sudah berhenti pada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version