Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi kisahnya yang tinggal di Cameron Highlands pujaan ramai itu.
Rupa-rupanya, banyak perkara yang kita tidak tahu tentang pengalaman penduduk Cameron Highlands. Wanita itu berkongsi dia selalu memakai stokin walaupun berada di rumah kerana lantai yang sejuk.
Selain itu, mereka juga membasuh pinggan dengan secepat mungkin kerana airnya yang sejuk. Bukan setakat itu saja, mereka memang memerlukan dua lapisan comforter untuk tidur.
Tambahan lagi, makanan yang baru dimasak juga cepat sejuk. Kadangkala, minyak masak juga akan beku akibat suhu yang rendah. Mereka juga memerlukan water heater sehingga max volume untuk mandi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: