Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita Kongsi Momen Terjumpa Lisdawati

today15 March 2026

Background
[VIDEO] Wanita Kongsi Momen Terserempak Dengan Lisdawati, Netizen Teruja – ‘Bawa Ducati Pula Tu’


Seorang wanita berkongsi video menunjukkan momen dirinya bersama rakannya bertemu pelakon, Lisdawati hingga menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sampaikan Mak Persoalkan Ramai Kawan Lelaki Bujang Kenapa Pilih Duda?’ – Lisdawati

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fauzi Nawawi & Lisdawati Sertai Himpunan RXZ, Pakaian Sopan Jadi Tumpuan – ‘Penampilan Rider Muslimah Memang Rare’

Menerusi muat naik di TikTok, video itu memaparkan aktres tersebut menunggang motosikal Ducati seorang diri.

Menurut individu tersebut, pertemuan itu berlaku secara kebetulan dan Lisdawati juga mengajak sekumpulan wanita itu berbuka sekali dengannya.

Secara random kami jumpa artis dan dia sangat baik.

Dia ajak kami berbuka sekali.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji perwatakan Lisdawati yang dikatakan seorang peramah dan baik hati.

Segelintir mereka turut berkongsi pengalaman bertembung dengan aktres itu.

Sumber: TikTok



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post