Site icon Kool FM

Wanita Kongsi Rahsia Mampu Beli 3 Rumah


Saki Tamogami, seorang ejen hartanah berusia 37 tahun dari Jepun, kini dikenali sebagai wanita paling jimat cermat di negaranya selepas berkongsi rahsia bagaimana cara beliau beli 3 rumah diusia muda.

Disiplinnya dalam berjimat cermat selama 15 tahun membolehkan beliau membeli tiga buah rumah, satu pencapaian luar biasa yang dibina sejak usia 19 tahun.

Menurut Oddicity Central, Tamogami mengamalkan prinsip “Jangan beli kalau tidak ada jualan murah!” dan ianya terbukti berkesan.

Beliau mula berjimat dengan tidak membeli pakaian baru, sebaliknya mengambik pakaian terpakai daripada keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, beliau juga menjaga dengan rapi pakaian yang dimilikinya agar tahan lebih lama.

Pada tahun 2019, Saki muncul dalam rancangan televisyen Jepun, Happy! Bomby Girl, di mana beliau mendedahkan kisah hidupnya kepada orang ramai.

Beliau mendedahkan bahawa dia hanya membelanjakan sebanyak 200 yen (RM6.40) sehari untuk makanan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version