PETALING JAYA – Bursa aset digital, Luno menyaksikan peningkatan pengguna wanita di negara ini sebanyak tujuh kali ganda daripada 16,000 pada 2020 kepada lebih 120,000 pada 2021, memperlihatkan trend positif untuk pelaburan aset digital dalam kalangan wanita Malaysia.
Jumlah transaksi pengguna wanita turut meningkat 12 kali ganda tahun-ke-tahun daripada RM170 juta kepada lebih daripada RM2 bilion.
Majoriti pengguna wanita Luno membeli kriptowang untuk tujuan pelaburan, manakala selebihnya adalah bagi perdagangan, penghantaran dan penerimaan serta dan pembayaran.
Sebahagian besar daripada aktiviti transaksi melibatkan golongan berusia 30-39 tahun (33 peratus), diikuti kumpulan berumur 25-29 tahun (25 peratus), 18-24 tahun (17 peratus) dan 40-49 tahun (16 peratus) daripada pelbagai latar belakang kerjaya termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, perakaunan, pentadbiran serta pengilangan dan pembuatan.
Pengurus Pemasaran Luno Malaysia, Scarlett Chai berkata, aset digital membuka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
