Anak kepada hartawan terkemuka Malaysia, Tan Sri Robert Kuok, kini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan hotel mewah antarabangsa, Shangri-La Asia, lapor NST.
Dalam satu pemfailan kepada bursa saham, Shangri-La Asia hari ini mengumumkan pelantikan Kuok Hui Kwong, 47, sebagai CEO baharu kumpulan berkenaan, berkuat kuasa 1 Ogos 2025.
Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai individu paling berkuasa dalam syarikat tersebut, menyandang dua jawatan tertinggi serentak – Chairman dan CEO.

Kuok bukanlah nama asing dalam dunia korporat.
Beliau sudah pun berkhidmat sebagai Pengerusi Shangri-La Asia sejak 2017, dan sebelum itu menyertai lembaga pengarah pada tahun 2016 sebagai pengarah eksekutif.
Beliau menggantikan Lim Beng Chee, yang bersara sebagai CEO pada penghujung 2022. Lim kini kekal dalam lembaga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: