Seorang wanita warga emas telah membawa kesnya ke mahkamah selepas didakwa ditipu oleh satu skim pelaburan yang didakwanya dipromosikan oleh seorang pengguna Facebook yang menyamar sebagai lelaki terkaya di dunia, Elon Musk.
Menurut laporan Scoop, suri rumah berusia 62 tahun itu telah memfailkan kesnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui saman pemula, di mana dia mendakwa telah didekati oleh lapan akaun Facebook yang menggunakan nama Elon Musk dan Elon Reeves Musk.
Dalam samannya, wanita itu mendakwa dia telah dipujuk untuk melabur dalam Tesla atau platform pelaburan lain yang disyorkan oleh seorang individu bernama Ivan Pacheco, yang mendakwa dirinya sebagai pengurus pelaburan Elon Musk.
Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa pada 13 Januari, wanita itu telah melabur AS$250 (kira-kira RM1,129) dengan individu yang menyamar sebagai Elon Musk dan AS$50 (kira-kira RM225) dengan Ivan Pacheco.
Wanita tersebut membuat pelaburan itu selepas dijanjikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
