Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita Maut Tergelincir Keluar Dari ‘Roller Coaster’, Jatuh Pada Ketinggian 26 Kaki

today11 August 2022

Background


Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Seorang wanita maut selepas tergelincir jatuh 26 kaki dari rollercoaster yang sedang bergerak di Jerman. Mangsa seorang wanita yang tidak dinamakan tersebut dikatakan terjatuh di taman tema Klotti Park di Klotten, pada hari Sabtu, lapor The Independent.

Apa yang kini menjadi tanda tanya buat pejabat pendakwa raya adalah bagaimana wanita berusia 57 tahun itu boleh tergelincir keluar dari rollercoaster tersebut. Salah seorang pihak berkuasa pula berkongsi maklumat bahawa mangsa tergelincir di tempat duduknya di salah satu selekoh sebelum terjatuh ke tanah yang tingginya kira-kira 8 meter (26 kaki).

Pegawai kecemasan cuba menyelamatkan mangsa, namun wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan kini tertumpu kepada punca kematian dan bedah siasat yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Pakar kejuruteraan dipertanggungjawabkan untuk memeriksa secara terperinci rollercoaster tersebut serta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post