Site icon Kool FM

Wanita ‘Menggangur’ Mengamuk Di Stesen Minyak Mengaku Bersalah, Didenda RM5,500

Wanita Mengamuk Di Stesen Minyak Mengaku Bersalah, Didenda RM5,000


Pada minggu lalu tular klip rakaman video menunjukkan sorang wanita mengamuk dan menimbulkan kekacauan di stesen minyak.

Elyna Muhamad, 42, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini,atas tiga pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah, berkelakuan aib di tempat awam dan berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis.

Baca Juga:

Memetik Berita Harian, Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM5,500 selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, ibu kepada lima anak itu melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap penyelia stesen minyak, Shakir Zuhayri Zairul Rizal, 24, di sebuah stesen minyak di Pusat Perdagangan Hillpark, Puncak Alam pada jam 7.50 malam, 17 Oktober lalu.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version