Dalam sebuah video yang diterbitkan oleh CNA pada Selasa, 4 Februari lalu, Racheal Kaur berkata, dia bangun sekitar jam 4 pagi pada hari bekerja dan meninggalkan rumah untuk mengejar penerbangannya, yang biasanya dinaiki jam 5.55 pagi.
“Penerbangan biasanya mengambil masa kira-kira setengah jam hingga 40 minit, dan saya berada di pejabat selewat-lewatnya jam 7.45 pagi,” kata Racheal.
Difahamkan, Rachel bekerja sebagai penolong pengurus di bahagian operasi kewangan AirAsia.
Sebaik sahaja dia tiba di Terminal 2 KLIA, dia hanya mengambil masa tujuh minit untuk berjalan kaki ke pejabatnya.
Sebelum ini, dia menyewa di Kuala Lumpur dan hanya pulang seminggu sekali. Bagaimanapun, dengan dua anak yang sudah berusia 11 dan 12 tahun di rumah, Racheal memutuskan untuk berulang-alik setiap hari bagi meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.
“Saya merasakan keperluan untuk seorang ibu berada di rumah adalah lebih kerap. Dan dengan pengaturan ini, saya dapat pulang ke rumah setiap hari….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: