Kool FM

Wanita Potong Kemaluan Teman Lelaki, Cemburu Belum Bercerai Dengan Isteri Sah


Gara-gara cemburu, seorang wanita sanggup memotong kemaluan kekasihnya selepas mengetahui lelaki itu masih mempunyai isteri.

Potong kemaluan teman lelaki

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, suspek, 34, yang merupakan warga Bangladesh itu bertindak sedemikian kerana berang teman lelakinya itu masih belum menceraikan isterinya.

Suspek mengetahui mangsa masih belum menceraikan isterinya di Bangladesh walaupun telah menjalinkan hubungan sebagai pasangan kekasih dengannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, suspek ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada kenalan mangsa. 

Pengadu seorang lelaki tempatan memaklumkan kenalannya, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kemaluan dan tangan kiri selepas diserang teman wanitanya di Kampung Lokan, Gelang Patah.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemeriksaan mendapati…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version