Golongan wanita yang putus haid atau menopaus berisiko tinggi mendapat penyakit jantung koronari. Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Hospital Pantai Ayer Keroh, Dr Lim Kien Chien, berkata ini kerana selepas putus haid, wanita kehilangan perlindungan hormon seks estrogen dan progesteron, yang dibebaskan daripada kelenjar terutamanya ovari, turut berfungsi sebagai pelindung kepada pembentukan aterosklerosis atau penyempitan dan pengerasan pembuluh darah akibat plak.
“Ini bermakna wanita mempunyai risiko sama tinggi seperti lelaki untuk mengalami serangan jantung, strok atau kematian mengejut selepas putus haid, dan secara amnya putus haid atau menopaus akan berlaku dalam kalangan wanita berumur 45 hingga 55 tahun, manakala kadar purata ialah pada umur 50 tahun,” katanya di sini.
Untuk baca selanjutnya, klik link ini.
