Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Wanita Serang Orang Awam Di Jalan Sebab Tertekan Layanan Belajar & Hidup’ – Polis

today14 August 2025

Background
'Wanita Serang Orang Awam Di Jalan Sebab Tertekan Layanan Belajar & Hidup' – Polis


Pada hari semalam tular beberapa klip video menunjukkan seorang wanita menyerang orang awam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof menyatakan tertekan dengan layanan diterima semasa belajar dan kehidupan dipercayai punca seorang wanita memandu secara berbahaya sebelum menyerang orang awam dengan pisau, berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini.

Baca Juga:

Memetik Harian Metro, suspek yang juga penuntut sebuah universiti awam dilihat dalam keadaan tertekan dengan isu dan permasalahan dialaminya.

“Suspek dipercayai kecewa dengan layanan diterima semasa belajar dan juga kehidupan di Malaysia menyebabkan rasa tertekan.

“Bagaimanapun, suspek tidak menyatakan layanan seperti apa dan kita masih dalam siasatan lanjut bagi mendapatkan punca sebenar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek bukan warganegara itu direman tujuh hari sehingga 20 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut.


Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Andi Bernadee Mahu Naikkan Berat Badan, Hilang 20 Kg Sejak Sembilan Bulan Lalu – ‘Sekarang Saya 46 Kg’

Viral

‘Sekarang Berat Saya 46 Kg’

Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee menafikan dakwaan kononnya penurunan berat badannya yang ketara berpunca daripada pengambilan barangan terlarang atau unsur mistik. Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Cabar Diri Hayati Watak ‘Duda Hot’ Menerusi Drama Boleh Saya Bantu? 2 Hilang 20 Kg Andi atau nama lengkapnya Andi Azrul Andi Mapangile, 33, menjelaskan, penurunan hampir 20 kilogram yang

today14 August 2025