Pada hari semalam tular beberapa klip video menunjukkan seorang wanita menyerang orang awam.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof menyatakan tertekan dengan layanan diterima semasa belajar dan kehidupan dipercayai punca seorang wanita memandu secara berbahaya sebelum menyerang orang awam dengan pisau, berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini.
Baca Juga:
Memetik Harian Metro, suspek yang juga penuntut sebuah universiti awam dilihat dalam keadaan tertekan dengan isu dan permasalahan dialaminya.
“Suspek dipercayai kecewa dengan layanan diterima semasa belajar dan juga kehidupan di Malaysia menyebabkan rasa tertekan.
“Bagaimanapun, suspek tidak menyatakan layanan seperti apa dan kita masih dalam siasatan lanjut bagi mendapatkan punca sebenar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Suspek bukan warganegara itu direman tujuh hari sehingga 20 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: