Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita Simbah Air Panas Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun Dan Denda RM6,000

today23 April 2024

Background


Seorang wanita yang menyimbah lelaki OKU sindrom down dengan air panas dalam sebuah lif di Jalan Rajawali di Georgetown, Pulau Pinang Jumaat minggu lepas telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda sebanyak RM6,000.

Menurut Sinar Harian, hukuman itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen Balik Pulau hari ini.

Hukuman itu dibuat oleh Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin selepas tertuduh yang berusia 39 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan mangsa yang berusia 33 tahun dengan menggunakan air panas.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kejadian tersebut dilapor berlaku pada 19 April lalu di dalam sebuah lif pangsapuri, kira-kira jam 9:24 pagi.

Selain itu, pendakwaan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Difahamkan pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Edric Loo.

 

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Sukan

Sivasangari kini ke-11 dunia

Kuala Lumpur: Jaguh skuasy wanita negara S Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.

today23 April 2024