Menurut laporan Harian Metro, Khadijah Mod Suhaimi, 32, yang juga pemilik Mumtaz Network berkata, idea itu muncul apabila beliau dan sahabatnya, Siti Ismatu Saadiah Rusly, 32, melihat banyak peralatan elektrik dan elektronik rosak ditenggelami banjir.
Beliau yang telah 10 tahun terbabit dalam perkhidmatan membaiki komputer berkata, sejak membuat hantaran menawarkan khidmat itu di Tiktok Isnin lalu, hampir 30 komputer riba milik mangsa banjir sudah dibaiki.
Antara talian hayat untuk komputer mahupun komputer riba yang terjejas adalah dengan pembersihan menyeluruh menggunakan bahan kimia, bagi membersihkan kotoran termasuk lumpur yang memasuki bahagian dalam peralatan itu.
“Setiap komponen komputer mahupun komputer riba yang dihantar mangsa banjir akan dibuka untuk kami melihat bahagian yang terjejas, sebelum dicuci dengan bahan kimia khas dan dikeringkan kemudiannya.
“Saya dibantu Siti Ismatu Saadiah mampu membaiki hingga enam komputer riba sehari bergantung tahap…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: