Kool FM

Wanita Tempatan Kesal Jadi ‘Alat’ Warga Asing Besarkan Empayar Bisnes


Fenomena wanita tempatan dipergunakan sebagai proksi oleh warga asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia adalah isu yang kian meruncing.

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita tempatan meluahkan rasa kekesalan dengan menceritakan pengalamannya sendiri menjadi alat warga asing dalam melebarkan empayar bisnes mereka.

Wanita Tempatan Kesal Jadi 'Alat' Warga Asing Besarkan Empayar Bisnes
Sumber Gambar: Illuminasi

“Saya menyesal selepas terbuai dengan ayat manis lelaki Pakistan yang rupa-rupanya ada niat lain mahu mempergunakan saya untuk membesarkan empayar perniagaan di sini,” kata Adilah (bukan nama sebenar) yang berusia lingkungan 40-an.

Adilah, seorang wanita tempatan, menceritakan pengalamannya dipergunakan oleh bekas suaminya yang merupakan seorang warga asing.

Lelaki itu memujuk Adilah untuk menggunakan namanya bagi mendapatkan lesen perniagaan dan mendaftarkannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perkara ini berlaku beberapa tahun lalu.

Sebelum itu, Adilah sudah berkahwin dengan seorang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version