Menerusi video yang dimuat naik oleh @helainaalati di laman Instagramnya, kelihatan dia sedang membeli-belah di sebuah pasar raya yang berada di Australia.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia terjumpa seekor ular sawa di bahagian rempah ratus. Perkara itu sama sekali tidak membuatkan dia cemas lantas dia merakam ular itu dari jauh.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah dia juga bertindak untuk menangkap ular tersebut dan dimasukkan ke dalam guni. Setelah itu, dia diihat melepaskan ular tersebut di kawasan hutan pada akhir video.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: