
Restoran terkenal di Indonesia, Pagi Sore tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menuduh sekumpulan pelancong dari Malaysia tidak membayar bil makanan mereka.
Individu terkilan dituduh ‘penipu’
Menerusi hantaran di Threads, individu yang dikenali sebagai Norain Mohd Yunus berkata dia bersama beberapa pelancong Malaysia telah makan di restoran tersebut dengan jumlah bil sekitar Rp907,500 (RM260).
Namun, beberapa hari kemudian, kumpulan itu dimaklumkan oleh pemandu pelancong bahawa mereka telah tular di media sosial atas dakwaan tidak membayar bil makanan.
Masa nak keluar dari hotel, tiba-tiba driver tanya mana resit makan kat Pagi Sore. Dia kata management Pagi Sore dah viralkan kitorang sebab tak bayar masa makan hari tu
Viral selepas 3 hari kitorang dekat Bandung dan dah balik Jakarta semula.
Bagi membersihkan nama, mereka tampil mengemukakan bukti transaksi kad serta resit sebagai pengesahan bahawa pembayaran telah dibuat.
Masing-masing cari balik resit makan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
