Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita Warga Emas Umur 101 Tahun Peluk Islam Di Shah Alam

today26 December 2024

Background


“Sebenarnya, sejak memeluk Islam lebih 28 tahun lalu lagi saya sudah cuba tarik emak ikut sama namun awalnya memang susah nak sampaikan ajaran Islam kepadanya malah nampak dia berat nak dengar setiap kali saya mahu buka cerita.

“Tak mudah kerana emak insan yang melahirkan saya dan dulu pun dia ada persepsi bila masuk Islam jadi Melayu sedangkan hanya pegangan agama saja berubah bukannya keturunan.

“Tapi saya cuba ikut apa yang ustaz ajar iaitu tunjuk menerusi perbuatan dengan menjadi seorang anak yang lebih penyayang, ambil berat dan taat hingga emak nampak perubahan itu. Lama-kelamaan, emak jadi lembut hati nak terima dakwah yang cuba saya sampaikan dan nampak minatnya mendalami Islam sejak empat tahun lalu,” kongsinya.

Sebagai anak, Mohd Daud Leong yang juga seorang peguam tidak akan lepas tangan sebaliknya mahu terus membimbing ibunya untuk mempelajari ajaran Islam.

“Emak nampak seronok sangat selepas peluk Islam sehingga waktu tidur pun dia tersenyum. Nampak jelas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post