Kool FM

Wanna Ali Dapat Anak Lekaki, Bersalin Secara Pembedahan


Penyanyi dan pelakon, Wanna Ali selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki secara pembedahan pada pagi Selasa.

Artikel Berkaitan: Wanna Ali Mengidam Ais Semasa Berbadan Dua – ‘Hari-Hari Kena Kunyah’

Anak lelaki

Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu Wanna yang juga penerbit, Datuk Ayu Puteh menerusi hantaran di Instagram Story.

Alhamdulillah, macam tak percaya tetapi ini kenyataan. Wanna selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.7 kg, subuh Isnin secara pembedahan.

Tambah Ayu, dia tidak mampu menyembunyikan perasaan gembiranya dan memanjatkan rasa syukur di atas kehadiran ahli keluarga baru.

Saya orang yang paling gembira. Terima kasih saudara-mara dan kawan-kawan saya, kawan-kawan suami dan Wanna yang mendoakan.

Untuk rekod, Wanna mendirikan rumah tangga dengan Khairil Amri pada 9 Februari 2025 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version