Menurut Anthony, pas perjalanan tanpa had pada kadar RM50 iaitu Kad 30 Hari BAS.MY diperkenalkan adalah sebagai usaha mengurangkan beban rakyat di negara ini terhadap kos pengangkutan awam.
Dengan pengenalan ini ia diunjur dapat menjimatkan kos pengangkutan antara RM100 hingga RM150 sebulan.
“Kos pengangkutan memang merupakan salah satu komponen kos sara hidup. Jadi memang kerajaan bersungguh-sungguh meringankan beban rakyat agar kos sara hidup ini dapat diturunkan dengan adanya perkhidmatan seperti ini.
“Bayangkan seorang pekerja kalau mereka tinggal di Kampar atau Kuala Kangsar dan datang kerja di Ipoh menggunakan kad tanpa had RM50 ringgit sebulan iaitu tidak sampai RM2 sehari. Jadi ia penjimatan yang banyak kepada mereka dan sesuatu yang saya rasa amat membantu kepada golongan pekerja,” katanya.
Difahamkan, kad konsesi BAS.MY, menawarkan tambang percuma kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas, golongan kurang upaya (OKU) dan pelajar sekolah berusia 7 hingga 17…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
