Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tuduhan memperdagangkan enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 158 peluru di sebuah hotel di ibu negara, pada Mac lalu.
Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar, lapor Berita Harian.
Baca Juga:
“Saya faham (tuduhan) puan hakim. Saya mengaku tidak bersalah,” katanya.
Avitan yang memakai baju T hitam berseluar khaki warna hijau dan dikawal ketat empat anggota polis di kiri, kanan dan belakang kandang tertuduh , didakwa berdagang enam pucuk pistol di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini, di antara jam 6.46 petang 26 Mac dan 6 petang 28 Mac lalu.
Mengikut pertuduhan, Shalom, 38 didakwa mempunyai enam senjata api dan peluru berkenaan pada 26 hingga 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: