
Keluarga kepada Suresh Kamalanathan, lelaki yang meninggal dunia dalam kejadian kepala air dekat Pintasan Saloma, akan menerima faedah (bantuan) daripada PERKESO.
Menurut laporan Berita RTM, Allahyarham Suresh yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai penyelia di syarikat Palladium Builders Sdn. Bhd., adalah pencarum sah di bawah skim LINDUNG Pekerja (Akta 4). Caruman terakhirnya telah dibuat pada April 2025, jadi beliau layak mendapat perlindungan itu.
“Susulan itu, PERKESO menghubungi majikan dan tindakan segera diambil bagi melunaskan caruman tertunggak mendiang dari Mei hingga Oktober 2025, yang diselesaikan sepenuhnya pada 18 November lalu. Langkah tersebut mengekalkan status mendiang sebagai pencarum aktif dan memastikan warisnya layak menerima perlindungan penuh.
“Waris mendiang, iaitu isterinya Shalini Devi A Prupakaran, 31, dan anak mereka berusia enam tahun, Pratezwaran, layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) mengikut syer…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: