Site icon Kool FM

Warzone World Championship Tiada Kelulusan Daripada KBS Dan Berdepan Tindakan Tegas

Yusuf Warzone


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa kejohanan Warzone World Championship (WWC) tidak pernah menerima kelulusan rasmi daripada pihak mereka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, KBS menjelaskan bahawa setiap acara sukan, khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, wajib mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia seperti yang termaktub di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].

Dipetik daripada laporan Sinar Harian Online, KBS berkata: “Penganjur yang gagal mematuhi peraturan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36, Akta 576.

“Kementerian menasihatkan semua pihak mematuhi peraturan sedia ada bagi memastikan integriti, keselamatan, dan imej sukan negara terpelihara,” jelas kenyataan tersebut.

WWC yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember ini mula mencuri perhatian selepas beberapa klip tular menunjukkan pertengkaran antara petarung Malaysia dan Indonesia dipercayai sebahagian…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version