PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah), syarikat amanah patuh syariah dan penyedia hibah terbesar di Malaysia mengumumkan pelancaran perkhidmatan terbaharunya, hibah akaun pelaburan Sistem Depositori Pusat atau CDS.
Kemudahan itu membantu pelabur menghibahkan akaun pelaburan CDS mereka kepada sesiapa yang mereka kehendaki.
Ia mengikut formula agihan seperti yang mereka hajati untuk pasangan, anak, anak angkat, adik-beradik atau sesiapa juga tanpa mengira perhubungan dengan pemberi hibah.
Sekiranya penerima di bawah umur 18 tahun atau tidak waras akal fikiran, pelabur mempunyai pilihan untuk melantik Wasiyyah bagi menguruskan manfaat akaun pelaburan CDS tersebut bagi pihak penerima mengikut formula ditetapkan oleh pelabur.
Melalui kaedah ini, pelabur juga boleh menginfakkan sebahagian daripada manfaat akaun pelaburan CDS mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah, Ariffin Sabirin berkata, pihaknya mengambil masa hampir setahun bagi membangunkan perkhidmatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: