Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Wasiyyah lancar hibah akaun CDS

today18 November 2021

Background


PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah), syarikat amanah patuh syariah dan penyedia hibah terbesar di Malaysia mengumumkan pelancaran perkhidmatan terbaharunya, hibah akaun pelaburan Sistem Depositori Pusat atau CDS.

Kemudahan itu membantu pelabur menghibahkan akaun pelaburan CDS mereka kepada sesiapa yang mereka kehendaki.

Ia mengikut formula agihan seperti yang mereka hajati untuk pasa­ngan, anak, anak angkat, adik-beradik atau sesiapa juga tanpa mengira perhubungan dengan pemberi hibah.

Sekiranya penerima di bawah umur 18 tahun atau tidak waras akal fikiran, pelabur mempunyai pilihan untuk melantik Wasiyyah bagi menguruskan manfaat akaun pelaburan CDS tersebut bagi pihak penerima mengikut formula ditetapkan oleh pelabur.

Melalui kaedah ini, pelabur juga boleh menginfakkan sebahagian daripada manfaat akaun pelaburan CDS mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah, Ariffin Sabirin berkata, pihaknya mengambil masa hampir setahun bagi membangunkan perkhidmatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Tune Protect, Air Asia lancar Covid Travel Pass

PETALING JAYA – Tune Protect dan AirAsia melancarkan Covid Travel Pass sebagai kemudahan tambahan untuk pelancong penerbangan antarabangsa memenuhi syarat perlindungan insurans mandatori yang ditetapkan kerajaan. Pelan tersebut kini tersedia untuk pelancong ke Langkawi dan pelbagai destinasi pelancongan di Thailand, sebelum bakal diperluaskan ke destinasi-destinasi lain. Kemudahan berkenaan lengkap dengan perlin­dungan Covid-19 yang dipertingkatkan untuk memenuhi syarat kerajaan bagi pelancong antarabangsa yang datang ke Langkawi supaya mempunyai perlindungan insurans sebanyak […]

today18 November 2021