PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) baru-baru ini menandatangani perjanjian bersama anak syarikat UM Capital Berhad, Fylix Sdn. Bhd. dan jurutera perisian, Omar Mokhtar Kasim bagi membangunkan Sistem Hibah Digital.
Menerusi perjanjian itu, ketiga-tiga pihak bersetuju untuk menjadi pemegang saham dalam Himayah Technology Sdn. Bhd. yang menerajui usaha membangunkan sistem tersebut yang bakal digunakan Wasiyyah.
Omar Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pegawai Teknologi Himayah Technology bagi mengetuai usaha pembangunan sistem berkenaan.
Melalui Sistem Hibah Digital, pelanggan dengan bantuan kakitangan Wasiyyah boleh menyediakan dokumen hibah mereka secara digital dan berakad hibah dengan cara sama menerusi aplikasi telefon pintar.
Menurut Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah, Ariffin Sabirin, idea membangunkan sistem itu sudah bermula sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pertama lagi dan telah diubahsuai beberapa kali mengikut kesesuaian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
