PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Bank) mengingatkan orang ramai dan para pelanggannya agar lebih berwaspada terhadap SMS, mesej WhatsApp dan hantaran sosial media palsu daripada akaun Al-Awfar dan aplikasi perbankan mudah alih BIMB Mobile.
Menurut kenyataan Bank Islam, pihaknya telah mengesan berlakunya peningkatan dalam cubaan penipuan melalui SMS, aplikasi penghantaran mesej dan laman web tidak rasmi yang menyamar sebagai Bank Islam atau wakilnya.
Mesej-mesej mengelirukan ini lazimnya menggesa penerima untuk mengklik pautan mencurigakan atau memuat turun aplikasi tidak sah seperti yang bukan daripada gedung aplikasi rasmi.
“Pelanggan dinasihatkan untuk tidak mempercayai, klik atau memberikan maklum balas
terhadap cubaan-cubaan ini kerana ia mungkin merupakan satu usaha pancing data
(phishing) untuk mencuri butiran peribadi dan maklumat perbankan yang sensitif.
“Walaupun pengumuman kempen dipromosikan melalui saluran media sosial rasmi Bank…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: