PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham praTawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam kenyataannya berkata, penipuan ini kebanyakannya melibatkan tawaran penempatan persendirian, biasanya ditetapkan selari dengan masa penyenaraian IPO akan datang yang diterbitkan di laman web Bursa Malaysia.
Pelaku penipuan ini yang menyamar sebagai ‘ejen’, kebiasaannya akan membuat Kumpulan WhatsApp untuk mempromosikan pelaburan pra-IPO ini dan bakal mangsa akan dimasukkan ke dalam kumpulan tersebut tanpa kebenaran.
“Skim ini mungkin disertakan dengan testimoni palsu daripada pelabur lain agar mereka kelihatan boleh dipercayai.
“Pembayaran untuk ‘langganan’ perlu dibuat ke akaun bank entiti yang tidak berkaitan dengan IPO dan disyaki sebagai akaun bank keldai.
“Pada hari penyenaraian IPO, ‘ejen’…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: