Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Watak Nazeera Sardi Ada 6 Lubang Tindik Dikritik

today18 June 2026

Background
Watak Gadis Kampung Ada 6 Lubang Tindik Dikritik, Nazeera Sardi Minta Penonton Fokus Jalan Cerita


Pelakon, Nazeera Sardi tampil memberi respons selepas lakonannya sebagai gadis kampung dalam sebuah drama menjadi perhatian dan kritikan segelintir netizen di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nazeera Sardi Buat Kejutan Jumpa Azar Azmi, Sempat Titip Kata Semangat – ‘Jalan Terus Za’

6 lubang tindik

Nazeera atau nama sebenarnya Siti Nazirah Sardi, 39, berkata, tindikan pada telinganya sudah lama ada dan tidak seharusnya dijadikan isu sehingga mengganggu tumpuan terhadap jalan cerita karya tersebut.

Boleh saja awak fokus tengok jalan cerita kan. Benda itu (tindik telinga) tidak boleh nak gam. Terima kasih kerana menonton.

Nazeera berkongsi perkara itu menerusi satu komen balas di Threads.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads meluahkan rasa kurang senang terhadap penampilan watak yang dibawakan Nazeera dalam drama Hening Rindu.

Menurut pengguna berkenaan, watak gadis kampung yang dilakonkan Nazeera dilihat tidak begitu menyakinkan kerana pelakon itu mempunyai enam tindikan pada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shah Zulk


Previous post