Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wei Chong-Kai Wun Muncul Juara

today26 January 2025

Background


Pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menoktahkan momentum cemerlang dalam kejohanan badminton Indonesia Masters 2025 dengan cukup bergaya selepas muncul juara saingan berstatus Super 500 itu, sebentar tadi.

Lebih manis kejayaan itu diraih Wei Chong-Kai Wun selepas berjaya menundukkan wakil tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang juga merupakan pilihan pertama kejohanan.

Malah, ia merupakan kemenangan pertama dilakarkan Wei Chong-Kai Wun ke atas lawan tersebut dalam lima pertemuan mereka sesama sendiri dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Berdepan lawan yang mendapat sorakan padu para penyokong jelas tidak meruntuhkan semangat pasangan beregu nombor tiga negara itu untuk beraksi cemerlang.

Ia jelas dibuktikan apabila Wei Chong-Kai Wun tidak terlalu berdepan masalah untuk memenangi set pertama dengan jurang mata 21-11.

Tekanan lebih hebat dihadapi pasangan ranking ke-13 dunia yang merupakan semi finalis Terbuka Malaysia itu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Luar Negara

Tentera Israel lepas tembakan, lima rakyat Palestin cedera

Gaza City: Lima rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, cedera pada Ahad apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelarian yang berkumpul di tengah Gaza, menurut sumber perubatan dan saksi, seperti dilaporkan oleh Anadolu Agensi (AA). © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 January 2025